Categories
NASIONAL

Azmin hadir sokong himpunan Wanita Bantah Politik Toksik

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Timbalan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hadir ke perhimpunan aman, Wanita Tolak Politik Toksik sebagai tanda sokongan terhadap usaha golongan terbabit.

Politik toksik merujuk kepada perlakuan kotor ahli politik yang berunsur keganasan, berbaur hasutan jahat, kebencian dan fitnah, korup serta tidak bertanggungjawab bagi menewaskan lawan politik.

Ketika ditemui SelangorKini, Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata, kaum lelaki perlu memberikan sokongan padu terhadap usaha wanita untuk membawa kesedaran baru dalam masyarakat.

CP2A0453-1024x682“Sebelum ini, saya pernah melancarkan kempen ‘He for She’ dan isu wanita ini tidak seharusnya dibicarakan golongan terbabit sahaja tetapi lelaki juga bertanggungjawab membawa isu ini selain mencari penyelesaian secara kolektif juga bersama.

“Hari ini (semalam), saya hadir di atas sifat peribadi atas sokongan kepada usaha wanita Malaysia mewujudkan satu kesedaran baru kepada masyarakat,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian pada Perhimpunan Wanita Bantah Politik Toksik di Bangunan Maju Junction, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, semalam.

Katanya, peranan yang dimainkan wanita di negara ini sangat penting bagi membina kesedaran kepentingan usaha menolak politik toksik.

Beliau turut melahirkan rasa bangga apabila semakin ramai wanita berani tampil ke hadapan bagi membangunkan Malaysia yang gagah, bebas daripada sikap seksisme, tekanan bersifat gender dan menolak korupsi.

“Dengan kesedaran yang ditunjukkan hari ini termasuk sokongan kaum lelaki, Malaysia mempunyai masa depan yang amat cerah,” katanya.