Categories
SUKANKINI

Cub Prix ucap tahniah kejayaan Hafizh Syahrin di San Morino

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 SEPT: Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bersama rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas kejayaan Hafizh Syahrin Abdullah menaiki podium dalam perlumbaan di Grand Prix San Morino, pada 9 September lalu.

Cub Prix get back in action on March 12 at Maeps SelangorIa adalah kejayaan podium kedua dicapai Hafizh Syahrin dalam kariernya yang muncul pemenang ketiga dalam perlumbaan Moto2 dimenangi pelumba Switzerland, Dominique Agerter dan Thomas Luthi (kedua).

Pada masa sama, Kejuaraan Cub Prix Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi, yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

“Ini adalah saat paling menggembirakan apabila dapat meraikan kejayaan pelumba Malaysia.

“Ia menjadi lebih istimewa apbila bakat pelumba ini ditemui dan digilap melalui Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia,” kata kenyataan itu.

Dengan pencapaian itu, semoga pencapaian Hafizh dan Khairul pada perlumbaan terbabit akan terus menjadi inspirasi kepada generasi juara Malaysia akan datang.