Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

Hujan ribut petir diramal sehingga 25 September

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 SEPT: Hujan beserta ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan khususnya pantai bagi negeri Selangor sehingga Isnin depan 25 September.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, keadaan itu dijangka berlaku pada sebelah pagi hingga petang.

Manakala, di sebelah malam dilaporkan tiada hujan.

Selain kawasan pantai, hujan lebat beserta ribut petir turut dilaporkan akan berlaku di sembilan daerah negeri itu.

petirSementara itu, ribut petir turut berlaku di perairan Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga hari ini.

Selain itu, keadaan itu turut dijangka berlaku di perairan Selat Melaka Utara, Labuan, Palawan, Reef North, Sulu, Sulawesi dan Condore.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

=EZY=