Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

KUIS rai 470 pelajar asnaf dalam majlis Aidiladha

OLEH HAFIZAN TAIB

BANDAR SERI PUTRA, 6 SEPT: Seramai 470 pelajar asnaf dan miskin diraikan dalam Majlis Aidiladha bersama Koleh Universiti Islam Antarabangsa Sepangor (KUIS) di kolej berkenaan, hari ini.

Majlis anjuran Bahagian Zakat, Wakaf dan Infaq KUIS diadakan buat kali kedua khusus bagi golongan pelajar terbabit yang mengikuti pengajian di KUIS.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporatnya, Dr Zulkifli Abd Hamid, berkata program terbabit menghimpunkan pelajar asnaf dan miskin di kolej itu dengan pengagihan korban dibuat secara terus kepada mereka.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dengan sumbangan agihan korban diberi saban tahun dan kita mengagihkan terus kepada pelajar yang layak dalam program ini.

KUIS“Penganjuran majlis seperti ini memberi peluang kepada kita mendampingi golongan pelajar asnaf dan miskin serta berkongsi masalah dihadapi mereka,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui dalam program itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agihan Zakat KUIS menjelaskan pihaknya menambah baik program kali ini dengan memjemput pelajar luar negara untuk turut serta.

“Kita juga menjemput pelajar KUIS dari luar antaranya Palestin, Kampuchea, Thailand dan sebagainya.

“Tujuannya bagi mengeratkan silaturrahim bersama pelajar tempatan,” katanya.

=EZY=