Categories
GLOBAL

PM dijangka umum pilihan raya awal hari ini

TOKYO 25 SEPT: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dijangka mengumumkan pilihan raya awal hari ini, mengambil kesempatan ketika kedudukan baik dan huru hara di kalangan pembangkang, walaupun wujud kritikan beliau mencetuskan ruang kosong politik.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia berikutan Jepun ketika ini berada di tengah kebimbangan serangan dari Korea Utara.

Abe dijangka mengadakan sidang media selepas mesyuarat eksekutif parti dan kemungkinan membuat janji untuk insentif pendidikan dan penjagaan anak, kekal tegas terhadap Korea Utara selain menyemak semula perlembagaan.

Pemimpin itu yang mana kedudukan sokongannya meningkat sekitar 50 peratus berbanding 30 peratus Julai lalu, sedang bertaruh blok pemerintahannya boleh mengekalkan majoriti dalam dewan rakyat.

Walaupun jika mereka hilang dua pertiga ‘majoriti super’ diperlukan bagi mencapai matlamat panjang mengkaji semula Perlembagaan pasca perang, menjelaskan peranan tentera.

Satu tinjauan hujung minggu oleh akhbar harian perniagaan Nikkei menunjukkan, 44 peratus pengundi merancang memilih Parti Demokrat Liberal (LDP) pimpinan Abe berbanding lapan peratus untuk pembangkang utama Parti Demokrat.

Ia adalah lebih tinggi berbanding tinjauan agensi berita Kyodo sebanyak 27.7 peratus dengan 42.2 peratus tidak pasti.

Imej Abe sebagai pemimpin kukuh meningkatkan kedudukan sokongan di tengah ketegangan meningkat serantau berhubung program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara serta membayangi kritikan pembangkang, Perdana Menteri itu disyaki terbabit dalam skandal kronisme yang mengurangkan sokongan terhadapnya.

Pegawai parti pembangkang berkata, mengadakan pilihan raya adalah cubaan Abe itu mengetepikan persoalan berhubung skandal kronisme dalam sesi parlimen dijangka bermula Khamis ini. Abe dijangka membubarkan parlimen hari sama.

=EZY=