Categories
SELANGOR

Putrajaya perlu patuh ‘Master Agreement’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kerajaan Persekutuan diingatkan supaya tidak mengingkari Perjanjian Utama (Master Agreement) yang dimeterai antara Kerajaan Negeri dan Putrajaya, pada September 2014 lalu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Putrajaya menuntut Kerajaan Negeri membayar 40 peratus nilai pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Bagaimanapun katanya, ,tuntutan berkenaan disifatkan tidak munasabah dan bertentangan dengan perjanjian asal yang dipersetujui bersama sebelum ini.

IMG_20170916_165603“Kenapa perlu Kerajaan Negeri membayar jumlah itu sedangkan ia tidak terdapat dalam perjanjian asal?

“Lebih mencurigakan, Putrajaya tidak mendedahkan langsung jumlah sebenar dan hanya memberi penilaian berdasarkan peratusan 40 peratus sahaja. Jadi kita bayar untuk tujuan apa? soalnya ketika sesi dialog Malaysia Baru bersama Dato’ Menteri Besar, di Muzium Sultan Alam Shah, di sini, pada 16 September lalu.

Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri tidak berkrompomi untuk membenarkan sebarang proses penstrukturan dan helah Putrajaya yang akhirnya akan menafikan hak rakyat Selangor.

“Sebarang penyelesaian perlu jaga kepentingan pengguna air dan rakyat Selangor. Sebab itu kita ambil keputusan untuk ambil alih semula industri perkhidmatan air daripada syarikat yang diswastakan oleh pentadbiran sebelum ini.

16.07 Perasmian Jimat Air (SHUAIB)“Kerajaan Negeri sebagai pentadbiran berintegriti tidak akan membenarkan wang rakyat Selangor diambil untuk kepentingan mereka,” katanya.

Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan negeri bermatlamat mengambil alih menyusun semula industri bekalan air ke arah satu perkhidmatan yang holistik di bawah satu operator.

Ia kini diurus sepenuhnya Kerajaan Negeri dan dikawal selia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (WSIA) bagi merealisasikan perkhidmatan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan mampan.