Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor bakal terima lebih pelaburan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 SEPT: Sebuah syarikat daripada Amerika Syarikat yang mempunyai perniagaan di Selangor dijangka akan mengembangkan jumlah pelaburan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan sendiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Gala Selangor-ASEAN Business Award 2017 di Hotel Concorde.

CP2A2055-1024x682“Saya akan umumkan perincian dua atau tiga minggu lagi dan kumpulan ini sudah berada di Selangor.

“Mereka mahu mengembangkan operasi dengan jumlah pelaburan besar,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri gembira dengan perkembangan berkenaan dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera.

MOU IKEASebelum ini, Selangor memeterai perjanjian persefahaman pelaburan bernilai RM2 bilion daripada gedung terbesar dunia IKEA.

IKEA bakal mendirikan gudang penyimpanan dan pengagihan produknya untuk pasaran Asia Pasifik di Pulau Indah berkapasiti enam kali lebih besar dari IKEA Basel itu sendiri iaitu mampu memuatkan 230,000 palet berbanding 48,000 palet.