Categories
NASIONAL

Sidang media Najib tidak gempar, undang lucu

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Sidang media khas diadakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, disifatkan pimpinan PAKATAN sebagai tindakan terdesak bagi meraih perhatian umum.

Pengumuman kemasukan semula mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib ke dalam Umno, dianggap tidak ‘menggemparkan’ kerana pemimpin itu telah melepasi waktu primanya.

Malah ia menghadirkan situasi humor apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memuat naik di twitternya, @AzminAli – kah kah kah

Dato’ Menteri Besar Selangor itu juga menyifatkan Najib mengganggu kualiti masa rakyat di hujung minggu.

“Saya nak pergi jogging la dengan famili,” catatnya.

Timbalan Ketua AMK KEADILAN, Dr Afif Bahardin juga menyatakan kemasukan semula Muhammad ke pangkuan Umno tidak memberi kesan langsung kepada PAKATAN.

“Hadirmu tidak dirasai, pergimu tidak ditangisi,” tulisnya di twitter, @afifbahardin

Sebelum itu sidang media khas di PWTC itu menimbulkan rasa kecewa sebahagian pengamal media kerana tidak dibenarkan membuat liputannya.

Difahamkan kehadiran adalah terhad kepada lebih kurang 50 pengamal media sahaja dengan dakwaan memaklumkan keutamaan kepada media arus perdana.

Bagaimanapun bilangan mereka yang tidak dapat memasuki sidang media itu lebih ramai berbanding kumpulan dibenarkan.

=EZY=