Categories
SELANGOR

Sultan Sharafuddin hadiri majlis doa selamat Hari Pahlawan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berangkat mencemar duli menghadiri majlis bacaan yasin, tahlil dan doa, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini, hari ini.

sultan-selangor-1Majlis terbabit diadakan sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat Selangor tahun ini.

Turut serta, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abd Wahid; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim dan Imam Besar Masjid SSAAS, Muhammad Farhan Wijaya.

Selepas majlis itu, baginda turut serta bersama jemaah lain menunaikan solat Jumaat, di masjid berkenaan.

Solat berkenaan diimamkan Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid SSAAS, Abdul Karim Al-Makki.