Categories
NASIONAL

Tian Chua tarik balik rayuan, sedia ke penjara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 SEPT: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, menarik balik rayuan terakhirnya terhadap pertuduhan enggan mematuhi perintah polis untuk meninggalkan Pusat Latihan Polis (Pulapol), pada 2012.

Keputusan itu menyaksikan beliau yang juga Ahli Parlimen Batu bakal menjalani hukuman penjara sebulan seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membenarkan Tian Chua untuk menarik balik rayuannya.

Mohtarudin yang mempengerusikan panel berkenaan mengeluarkan waran komital terhadap Tian Chua dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula, hari ini.

BERSIH2Pada 23 Januari 2014, beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan enggan mematuhi arahan untuk meninggalkan Pulapol di Jalan Semarak, jam 2.30 petang, pada 29 April 2012 sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Pada November 2017, Mahkamah Tinggi menolak rayuan awalnya terhadap sabitan dan hukuman setahun penjara serta denda RM1,000 yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen, pada Januari 2014.

Pada prosiding hari ini, peguam, N Surendran memaklumkan yang beliau diminta untuk tidak mewakili Tian Chua.

Tian Chua kemudian berdiri dan membaca kenyataannya sebelum memberitahu yang dia menarik balik rayuannya.

“Saya mahu tekankan bahawa penerimaan hukuman penjara ini bukan pengakuan bersalah,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata, sabitan Mahkamah Sesyen adalah tidak masuk akal kerana dia dibawa ke tempat yang didakwa dicerobohnya secara paksa selepas menyertai perhimpunan BERSIH 3.vcd vbnm,..,mnbnm,./.