Categories
NASIONAL

Terus fokus atasi masalah rakyat – Anwar

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa KEADILAN dan Pakatan Harapan untuk terus memberi fokus terhadap masalah ekonomi dihadapi rakyat serta perjuangan menentang salah urustadbir dan rasuah di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Katanya, peningkatan harga barang, harga minyak dan kesan negatif GST menambahkan beban kepada rakyat Malaysia.

“Saya cukup prihatin dan risau akan nasib rakyat dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan kesan negatif skim GST.

Anwar Ibrahim“Ketiga-tiga perkara ini menambahkan pelbagai tekanan dan beban rakyat Malaysia yang seharusnya menerima nasib yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.

“Namun, kerajaan dan beberapa pimpinan kanan terus bertindak seperti semua ini tidak mendatangkan kesan kepada rakyat,” katanya.

Katanya, Kerajaan terus menafikan keadaan sebenar yang dialami rakyat dengan memperguna media arus perdana yang dimiliki untuk ‘mengolah persetujuan’ rakyat.