Categories
KENYATAAN MEDIA

Bekalan air di KL dan Gombak pulih sepenuhnya

Bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang terganggu sementara ekoran kejadian paip utama bersaiz 1850mm yang bocor berhampiran Sierramas, Sungai Buloh telah pulih sepenuhnya pada jam 7:00 pagi semalam (3 Oktober 2017).

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan di atas kesabaran menghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan ini.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan air melalui www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”.

 
Dikeluarkan oleh: Siti Zubaidah Zakaria, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd