Categories
GLOBAL

Bekas jurubank Goldman Sachs kaitan 1MDB diharamkan industri sekuriti AS

GLOBAL 4 OKT: Industri keselamatan kewangan Amerika Syarikat (AS) mengharamkan penglibatan seorang bekas jurubank Goldman Sachs yang mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Agensi Berita Antarabangsa THE WALL STREET JOURNAL melaporkan Tim Leissner yang dahulunya bekerja di Singapura dikenakan pengharaman itu pada 11 September oleh Pihak Berkuasa Kawalan Industri Kewangan (Finra).

Tindakan itu dikenakan disebabkan dia gagal menyerahkan dokumen dan maklumat lain yang berkaitan sebab meninggalkan Goldman Sachs pada awal 2016.

Leissner adalah pengerusi bank itu untuk rantau Asia Tenggara dan mengeluarkan surat tanpa tauliah bagi menyokong Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, orang penting dalam siasatan Jabatan Kehakiman Negara AS (DoJ) berkaitan kehilangan berbilion dolar yang didakwa dicuri daripada dana pelaburan Malaysia, 1MDB.

1MDB-470x270Leissner digantung kerja oleh Goldman kerana penglibatannya dalam 1MDB serta peranannya dalam urus niaga perlombongan di Indonesia dan meninggalkan bank itu tahun lepas.
=EZY=