Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

SPRM bakal bongkar kecurian dana kementerian RM100 juta?

SHAH ALAM 4 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal membongkar kegiatan kecurian dana umum sebanyak RM100 juta membabitkan pegawai tinggi sebuah kementerian yang ada kaitan dengan peruntukan untuk golongan miskin tegar.

Akhbar New Straits Times dalam laporan ekslusifnya menyatakan siasatan terperinci SPRM berdepan pelbagai kerumitan kerana jenayah dilakukan licik, apabila pelaku berhati-hati dengan tidak meninggalkan sebarang kesan yang boleh menjejak semula urusan mereka.

Namun kali ini sekurang-kurangnya lima suspek di kementerian yang tidak dinamakan itu dikenal pasti melalui Laporan Transaksi Mencurigakan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendapati aliran wang besar melibatkan akaun peribadi.

Menurut laporan, salah satu projek kerajaan terbabit melibatkan program bantuan makanan untuk pelajar miskin.

SPRM“Kami bercakap mengenai angka besar ketirisan dana kerajaan,” akhbar itu memetik sumber berkata, dan menyifatkan kes kali ini boleh disifatkan jenayah rasuah paling besar setakat ini “mengatasi semua kes sebelumnya”.

Tahun lalu, SPRM menangkap sembilan pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan atas pembabitan penyelewengan dana RM100 juta.

Kegiatan mencuri dana itu dilakukan bersama 10 syarikat yang diberikan kontrak kementerian bagi menambah baik kemudahan dan kebajikan awam, di mana kerja-kerja itu diisytiharkan selesai sedangkan tiada apa dilakukan.

=EZY=