Categories
SUKANKINI

F1: Hamilton juara di Jepun, hampiri juara kali ke-4

SUZUKA, Jepun 8 OKT: Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menghampiri kejuaraan Formula Satu (F1) dunia buat kali keempat selepas memenangi Grand Prix (GP) Jepun.

Manakala pencabar utamanya, Sebastian Vettel dari Ferrari terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal gara-gara masalah enjin, lapor REUTERS.

Hamilton melepasi garisan penamat dengan kepantasan 1.2 saat di depan pemandu Red Bull yang juga juara GP Malaysia, Max Verstappen dari Belanda.
Rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo dari Australia menduduki tempat ketiga.

Pada ketika kalendar F1 2017 hanya tingga empat perlumbaan untuk ditamatkan, Hamilton, 32, yang memulakan aksi dari petak pertama kini mengukuhkan kedudukan pendahulu dunia kepada 59 mata mengatasi Vettel, yang terpaksa menamatkan saingan di pusingan keempat.

Hamilton mampu mengesahkan kejuaraan dunia seawal di GP Amerika Syarikat pada 22 Oktober.

=EZY=