Categories
SUKANKINI

F1: Lewis Hamilton juara GP Singapura

SINGAPURA 17 SEPT: Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Singapura dengan dominasi tersendiri untuk menambah kelebihan dalam carta kejuaraan Formula Satu (F1) mengatasi Sebastian Vettel kepada 40 mata dengan berbaki hanya enam perlumbaan.

Pemandu Mercedes itu mendahului dari petak hadapan hingga bendera penamat dengan pemandu Red Bull, Max Verstappen ketinggalan lebih lapan saat di belakang dan pemandu Ferrari, Vettel di tangga ketiga.

Dalam perlumbaan di Litar Marina Bay Street, Hamilton sekali lagi menjadi bintang di bawah cahaya lampu limpah buat Mercedes.

Hamilton berjaya mengekalkan kelebihan sebelum menguruskan pertukaran tayar dengan sempurna dan menamatkan perlumbaan dengan satu hentian pit dan kelebihan 8.9 saat di depan pencabarnya.

Ketika Hamilton mudah mengekalkan kelebihan dimilikinya, pemandu tempat ketiga, Vettel terpaksa mengalah apabila cuba mengatasi Verstappen di selekoh 1, namun berjaya menyambar petak kedua hanya empat selekoh selepas itu.

Vettel berjaya melepaskan diri sejurus sebelum jentera keselamatan keluar berikutan kemalangan membabitkan Esteban Ocon yang melanggar dinding selepas ‘dihentam’ rakan sepasukan Force India, Sergio Perez di selekoh 3 seterusnya menamatkan usaha pemandu Perancis itu menamatkan saingan.

Hamilton berjaya mengelak Vettel apabila perlumbaan dimulakan kembali selepas empat pusingan di belakang jentera keselamatan, mengawal perlumbaan dengan rentak perlahan sebelum memecut selepas pusingan ke-12 sehingga dia jelas mencipta ruang yang cukup bagi mencipta kemenangan.

SUMBER: AGENSI

Categories
SUKANKINI

F1: Hamilton juara di Jepun, hampiri juara kali ke-4

SUZUKA, Jepun 8 OKT: Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menghampiri kejuaraan Formula Satu (F1) dunia buat kali keempat selepas memenangi Grand Prix (GP) Jepun.

Manakala pencabar utamanya, Sebastian Vettel dari Ferrari terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal gara-gara masalah enjin, lapor REUTERS.

Hamilton melepasi garisan penamat dengan kepantasan 1.2 saat di depan pemandu Red Bull yang juga juara GP Malaysia, Max Verstappen dari Belanda.
Rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo dari Australia menduduki tempat ketiga.

Pada ketika kalendar F1 2017 hanya tingga empat perlumbaan untuk ditamatkan, Hamilton, 32, yang memulakan aksi dari petak pertama kini mengukuhkan kedudukan pendahulu dunia kepada 59 mata mengatasi Vettel, yang terpaksa menamatkan saingan di pusingan keempat.

Hamilton mampu mengesahkan kejuaraan dunia seawal di GP Amerika Syarikat pada 22 Oktober.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Berakhir F1 di Malaysia, Verstappen muncul juara terakhir

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SEPANG 1 OKT:  Pelumba Red Bull Racing  Max Verstappen muncul juara dalam Malaysian Grand Prix 2017 Formula Satu di Litar Antarabangsa Sepang hari ini, manakala Lewis Hamilton berada di kedudukan kedua.

Daniel Ricciardo memperolehi tempat ketiga manakala Sebastian Vettel di tempat keempat selepas tamat perlumbaan.

Verstappen mencatat masa terpantas 1 jam 35.576 saat, manakala pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton kedua, dengan catatan 1:36.932s.

Rakan sepasukan Verstappen yang juga juara di sini tahun lalu, Daniel Ricciardo, ketiga dengan catatan 1:36.589s.

Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang hari ini adalah perlumbaan terakhir F1 di negara ini apabila Kerajaan dan SIC memutuskan untuk tidak meneruskan kejohanan itu di negara ini pada masa hadapan sejak ia dianjurkan 19 tahun lalu.

Penamatan penganjuran lumba F1 di Malaysia yang bermula pada 1999 adalah disebabkan kos yang tinggi dengan tiada kepastian bila Malaysia bakal kembali memohon menjadi penganjur semula.

Max-Verstappen-1082028Kerajaan yang membiayai penganjuran ini sekian lama mengumumkan pada April lalu ia tidak mampu lagi membelanjakan AS$67 juta setahun ekoran pulangan atas pelaburan sekarang tidak seimbang.

Sebelum ini beberapa negara di Asia turut menarik diri seperti Korea Selatan dan India, meninggalkan hanya tiga negara iaitu China, Jepun dan Singapura.

F1 Keputusan

=EZY=

Categories
GLOBAL

SIC: Dokumen tular tuntutan F1 Haas palsu

SEPANG 1 OKT: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengesahkan satu dokumen tuntutan ganti rugi sebanyak US$295,000 (RM1.24 juta) di atas nama pasukan Formula Satu (F1) Haas terhadap SIC yang tular di laman sosial pada Sabtu adalah palsu.

Dokumen itu menyatakan tuntutan itu perlu dibayar SIC selepas pemandu pasukan Haas, Romain Grosjean mengalami kemalangan setelah jentera dipandunya terlanggar penutup longkang di selekoh 13 pada sesi latihan kedua semalam sehingga memaksa sesi berkenaan dihentikan 20 minit lebih awal.

“Saya boleh mengesahkan bahawa dokumen itu adalah palsu selepas dimaklumkan secara rasmi oleh pihak International Automobile Federation (FIA) petang ini,” katanya kepada pemberita.

F1 HAASRazlan seterusnya berkata pihaknya tidak merancang untuk membuat laporan polis, sebaliknya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadapan perlumbaan pada Ahad yang juga merupakan perlumbaan Grand Prix Malaysia terakhir bakal dianjurkan di SIC selepas 19 tahun.

Sementara itu, mengenai status penjualan tiket, Razlan berkata setakat pukul 5 petang hari ini (Sabtu), sudah lebih 70,000 tiket habis terjual dan beliau berharap jumlah itu akan meningkat pada hari perlumbaan esok untuk mencapai sasaran 80,000 tiket.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SUKANKINI

F1 Sepang sah ‘200%’ ditamatkan

SEPANG 30 SEPT: GRAND Prix (GP) Malaysia sah ‘200 peratus’ ditamatkan selepas perlumbaan terakhir esok, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali.

Menurut Razlan, acara yang tidak menguntungkan itu menjadi semakin parah sejak Singapura turut menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1), lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

GP Malaysia yang menyertai kalendar F1 sejak tahun 1999 dan perlumbaan kedua tertua di Asia selepas Jepun, dijangka tidak kembali semula dalam masa terdekat.

“Ini adalah grand prix terakhir. Kami berehat seketika (daripada menganjurkannya).

“Saya boleh beritahu anda sekarang, sekurang-kurangnya lima tahun, sebelum kami akan menimbang semula untuk menganjurkannya kembali.

“Ia satu kepastian…200 peratus grand prix terakhir kami,” katanya.

F1Kerajaan Malaysia, yang menanggung acara berkenaan sejak awal April lalu mengumumkan yang mereka tidak lagi mampu untuk membelanjakan AS$67 juta (RM283 juta) setahun bagi penganjuran perlumbaan.

“Pulangannya tidak lagi positif buat Malaysia. Ia termasuk kemerosotan penonton dari tahun ke tahun.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang membawa F1 ke Malaysia sejak 19 tahun lalu. Kami boleh meminta mereka untuk meneruskannya, tetapi sebagai pengendali litar, kelestarian adalah penting. Kami perlu merehatkan F1 buat seketika,” kata Razlan.

Kejayaan GP Singapura yang menganjurkan perlumbaan pada sebelah malam bagi mengikut waktu Eropah dan berlangsung di atas litar jalan raya di tengah-tengah kota itu, antara punca GP Malaysia kurang mendapat sambutan – terutama dengan kedudukan Sepang yang memerlukan sejam pemanduan dari Kuala Lumpur.

Sebaliknya penganjuran MotoGP, cukup berjaya di Sepang dengan tiket-tiket untuk perlumbaan bulan depan dijangka habis dijual berikutan kecemerlangan pelumba-pelumba tempatan seperti Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin dan Adam Norrodin dalam kategori Moto2 dan Moto3.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

F1: Jentera Ferrari tampil hebat di sesi latihan

SEPANG 30 SEPT: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel dan rakan sepasukan, Kimi Raikkonen mula menampilkan kehebatan di permukaan litar kering apabila menguasai sesi latihan kedua Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Sepang, di sini Jumaat.

Selepas mengharungi cuaca hujan pada sesi latihan pertama pada sebelah pagi, pemburu kejuaraan dunia, Vettel merakamkan masa terpantas 1:31.261s dalam 23 pusingan yang dilakukan dan Raikkonen ketinggalan 0.604s untuk catatan kedua terpantas.

Sebelum itu, pada sesi pertama, Vettel yang ketinggalan 28 mata dengan pendahulu kejuaraan dunia, Lewis Hamilton, merakamkan masa kelima terpantas iaitu 1:51.009s manakala Raikkonen pula muncul sebagai pelumba keempat terpantas dengan masa 1:50.734s.

Bagaimanapun, sesi kedua selama 90 minit itu terpaksa dihentikan 10 minit lebih awal selepas penutup longkang yang longgar di litar berkenaan menyebabkan tayar kenderaan pelumba Haas, Romain Grosjean pancit, sekali gus mengakibatkan pelumba Perancis itu terbabas di penghadang di selekoh 13.

GP MALESIA F1/2015Grosjean, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan namun kenderaannya mengalami kerosakkan dan steward perlumbaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan semula sesi latihan itu.

“Saya tidak melihat apa-apa dan tiba-tiba mengalami pelanggaran yang hebat di sebelah kanan bahagian belakang kenderaan…yang penting saya tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Disebabkan insiden tersebut, sesi latihan tidak dapat dimulakan semula dan Pengarah Perlumbaabn FIA, Charlie Whiting mengesahkan semua penutup seperti itu diperiksa dan dan jika perlu dikimpal semula petang Jumaat.

Beliau menyifatkan penutup longkang di litar tersebut longgar berikutan daya yang dihasilkan oleh kenderaan F1 di selekoh litar.

Sementara itu, Vettel berkata sesi pertama dalam keadaan basah menyebabkan mereka sukar melakukan ujian latihan yang sebaik mungkin sebelum keadaan menjadi lebih baik selepas hujan.

“Kita akan llihat apa yang boleh dilakukan esok jkerana hari ini kami mencuba pelbagai perkara ke atas kenderaan. Kami mempunyai kenderaan yang baik dan terpeluang kepada kami untuk memastikan semuanya b erjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, juara bertahan GP F1 Malaysia, Daniel Ricciardo daripada pasukan Red Bull mencatatkan masa ketiga terpantas 1:32.099s manakala Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas sekadar merekodkan masa terpantas 1:32.677s untuk menghuni tangga keenam.

“Adalah menarik untuk mengharungi situasi litar yang basah dan kering untuk memastikan penyelarasan paling optimum kenderaan,” kata Ricciardo.

Sesi latihan akhir akan bermula 2 petang Sabtu manakala sesi kelayakan untuk penentuan petak permulaan akan diadakan pada jam 5 petang.

SUMBER: BERNAMA

Categories
GLOBAL SUKANKINI

F1 kekal di Singapura sehingga 2021

SINGAPURA 16 SEPT: Grand Prix Singapura kekal dalam kalendar Formula Satu (F1) sehingga 2021, umum penganjur perlumbaan kereta paling berprestij itu selepas mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak empat tahun lagi.

Perlumbaan di litar jalan raya Marina Bay, Ahad ini tidak akan menjadi perlumbaan terakhir di republik berkenaan, lapor REUTERS.

“Saya sangat gembira kerana semua pihak berkenaan telah bersetuju dengan terma komersial untuk lanjutan, malah saya percaya F1 dan Singapura saling menguntungkan satu sama lain.

“Sepanjang satu dekad yang lalu, perlumbaan Si­ngapura memperkenalkan banyak elemen inovatif serta menjadi acara iko­nik dan dinanti-nantikan dalam kalendar F1,” kata Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, S. Iswaran kepada pemberita di Marina Bay.

Singapore-Grand-PrixKetua Eksekutif F1, Chase Carey, yang menggantikan bekas supremo Bernie Ecclestone pada Januari lalu, menyifatkan Grand Prix Singapura sebagai elemen penting dalam kalendar F1.

“Kami sangat gembira kerana ia akan terus berada dalam kalendar untuk empat tahun lagi,” katanya.

“Kami sudah 10 kali datang ke sini dan saya fikir ia seperti perlumbaan klasik sebenar,” kata pemandu Ferrari, Sebastian Vettel.

=EZY=