Categories
GLOBAL SAINS & INOVASI

Kanak-kanak 11 tahun menang anugerah saintis muda AS

LONDON 21 OKT: Seorang kanak-kanak berumur 11 tahun menerima anugerah utama saintis muda Amerika Syarikat selepas dia membangunkan alat yang boleh mengesan pencemaran air disebabkan plumbum.

ABC NEWS melaporkan Gitanjali Rao memenangi AS$25,000 (RM105,587) dalam pertandingan Discovery Education 3M Young Scientist Challenge.

Gitanjali mendapatan bantuan ibu bapanya yang juga jurutera, guru dan pakar di kolej tempatan dan universiti untuk menjayakan projeknya itu.

Kanak-kanak itu menggunakan tiub nano karbon untuk mengesan kehadiran plumbum dalam air.

Apabila Gitanjali dinamakan salah satu daripada 10 finalis dalam Challenge Scientist 3M Discovery Pendidikan 2017 pada awal tahun ini, dia dapat bekerjasama dengan saintis 3M untuk membantu mengembangkan inovasinya itu.

Diberi nama Tethys, sensor pada peranti tersebut yang disambungkan ke aplikasi mudah alih pada telefon pintar, mampu memberikan hasil atau analisis lebih tepat serta berkos rendah.

Ilham ciptaannya itu terhasil melihat krisis pencemaran air yang pernah berlaku apabila sistem air di negara itu dilaporkan dicemari plumbum.

Tambah Gitanjali, dia mahu mempertingkatkan lagi keupayaan peranti terbabit supaya dapat dipasarkan di luar negara serta menjadikan dunia ini lebih selamat dihuni.

=EZY=