Categories
KENYATAAN MEDIA

Kerja pembaikan paip di Sungai Buloh siap

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa kerja-kerja pembaikan paip berhampiran Sierramas, Sungai Buloh telah siap dilaksanakan pada jam 2.30 pagi ini.

Bekalan air di kawasan-kawasan terlibat akan pulih secara berperingkat apabila paras air di kolam perkhidmatan mencapai paras optimum. Premis yang terletak di kawasan tinggi dan di hujung sistem agihan akan mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.

Bekalan air bantuan sedang dihantar melalui lori tangki air ke kawasan yang terlibat. Untuk memohon bekalan air bantuan, sila hantar SMS (Taip: Tanker Nama & Alamat) ke 15300.

Untuk maklumat terkini mengenai status pemulihan ini, sila rujuk www.syabas.com.my, atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”.

Segala kesulitan amat dikesali.
Dikeluarkan oleh: Siti Zubaidah Zakaria, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd