Categories
GLOBAL

Lebih 20 maut letupan bom trak di Somalia

MOGADISHU 15 OKT: Lebih 20 orang maut apabila sebuah trak berisi bom meletup di kawasan jalan raya yang sibuk di Somalia, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Pegawai kanan polis, Ibrahim Mohamed, berkata laporan awal jabatan kecemasan menunjukkan lebih 20 mayat diangkat di jalan raya dan banyak lagi berada di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat letupan itu.

Sementara itu, pegawai keselamatan kerajaan, Mohamed Aden, berkata letupan bom berlaku di pintu masuk sebuah hotel di sepanjang persimpangan K5.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab, tetapi militan al Shabaab yang bersekutu dengan al-Qaeda kerap melancarkan serangan di Mogadishu dan di wilayah lain dalam kempen menjatuhkan kerajaan yang disokong peringkat antarabangsa.

=EZY=