Categories
SUKANKINI

Manchester City lakar sejarah 123 tahun gol tertinggi EPL

MANCHESTER 15 OKT: Manchester City mencatat sejarah meledak gol tertinggi Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 123 tahun selepas membelasah Stoke City 7-2 di Stadium Etihad.

Dua jaringan Gabriel Jesus dan satu masing-masing menerusi Raheem Sterling, David Silva, Fernandinho, Leroy Sane serta Bernardo Silva memastikan anak-anak buah Pep Guardiola mengukuhkan kedudukan pendahulu liga dengan dua mata mengatasi Manchester United, yang terdahulu seri 0-0 di Liverpool.

Kemenangan besar terbaharu ini bermakna City sudah meledak 29 gol hanya daripada lapan perlawanan pertama musim ini, sekali gus memahat rekod baharu Liga Perdana dan jaringan terbaik sejak abad ke-19.

Rekod jaringan tertinggi pernah dilakar dalam saingan Liga Perdana sebelum ini adalah pada musim 1894-95 apabila Everton menjaringkan 30 gol dalam lapan perlawanan pertama, lapor AGENSI.

=EZY=