Categories
SUKANKINI

Bingung: Manchester City mahu beli atau tidak?

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Peminat bola sepak di Malaysia bingung sama ada pemilik juara Liga Perdana Inggeris Manchester City berminat membeli salah satu kelab tempatan atau sebaliknya seperti yang disiarkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada 23 Mei lalu, delegasi City yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan City Ferran Soriano bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.

Syed Saddiq mengumumkan bahawa minat membeli sebuah kelab adalah salah satu daripada dua pelan awal yang dibincangkan di samping kerjasama pembangunan belia menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) serta Akademi Mokhtar Dahari (MDA) di Gambang.

Tetapi menurut teks yang diterima Tunku Ismail dari Soriano semalam, rakyat Sepanyol berusia 51 tahun itu menyebut bahawa dia berada di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan salah seorang penaja komersial mereka dan mempelajari tentang bola sepak Malaysia.

“Tuanku TMJ… Ini Ferran Soriano – City Gootball Group. Joan Laporta (bekas presiden Barcelona) memberikan saya nombor telefon tuan. Saya berlepas dari Kuala Lumpur menuju New York. Saya akan memaklumkan bila saya akan kembali ke Malaysia dan berharap dapat berjumpa dengan tuan.

“Saya berada di sini untuk bertemu dengan salah satu penaja komersial kami dan mengambil peluang untuk mempelajari lebih lanjut mengenai bola sepak Malaysia. Saya tahu tuan meninjau tempat latihan kami dan Pep Guardiola baru-baru ini. Saya harap kami dapat membantu atau memberitahu saya jika ada sesuatu yang boleh kami lakukan untuk tuan, “tulis Soriano.

Terdahulu, pada 24 Mei lalu TMJ yang juga pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia menyiarkan teks yang beliau terima daripada seseorang yang bernama Tincho 2 dalam berita Instagram yang memberitahu bahawa menurut Laporta, Soriano memberitahunya bahawa mereka tidak membeli mana-mana kelab.

“Ferran memberitahu saya ia adalah keterlaluan. Dia berada di Kuala Lumpur menemui penaja. Mereka mempunyai kepentingan di Malaysia seperti di mana-mana negara lain tetapi mereka tidak membeli mana-mana kelab, ” menurut teks Laporta yang Tincho 2 hantar kepada Tunku Ismail.

City Football Group diasaskan pada 2014 dan kelab yang sama telah ditubuhkan in New York.

Selain Manchester City, kumpulan itu juga memilik dan mempunyai saham dalam New York City FC (Amerika Syarikat), Melbourne City (Australia), Yokohama F Marinos (Jepin), Atletico Torque (Uruguay) and di Sepanyol Girona FC.

Mereka kemudian memperluaskan pengarah dalam dunia bola sepak dengan meningkatkan portfolio dengan membeli Sichuan Jiuniu February lepas yang merupakan kelab pertama mereka di China.

– BERNAMA

Categories
SUKANKINI

PL: Man City teruskan kemenangan

OLEH AFIX REDZUAN

MANCHESTER, 25 APR: Manchester United bukanlah pasukan yang boleh diharapkan Liverpool untuk menyekat kemaraan Manchester City apabila tewas 0-2 di laman sendiri, pagi tadi.

Walaupun ada segelintir penyokong The Reds melaungkan ‘sokongan’ kepada United semata-mata untuk perlawanan ‘derby’ itu, The Citizen berjaya bangkit untuk meledak jaringan di babak kedua dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Skuad bimbingan Pep Guardiola berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-54 hasil rembatan Bernardo Silva yang melepaskan rembatan ke sebelah kiri gawang dikawal David De Gea bagi kedudukan 0-1.

Leroy Sane menjadikan kedudukan 0-2 buat City pada minit ke-66 apabila rembatan kaki kirinya tidak mampu dihalang De Gea.

Dengan berbaki tiga perlawanan, City kini mengatasi Liverpool di tangga kedua dengan kelebihan satu mata selepas mengumpul 89 mata.

Kredit Foto: Facebook Premier League

Categories
GLOBAL SUKANKINI

UCL: ‘Away Goal’ Spurs ranapkan impian City

OLEH AFIX REDZUAN

MANCHESTER, 18 APR: Peraturan gol di tempat lawan meleburkan impian Manchester City untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) walaupun terikat 4-4 menerusi agregat ketika bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Dalam aksi di Stadium Eitihad, jaringan Fernando Llorente pada minit ke-73 sudah memadai untuk Spurs meranapkan impian The Citizen walaupun tewas 4-3.

Raheem Sterling memulakan kebangkitan buat City dengan jaringan seawal minit ke empat apabila berjaya merembat masuk dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, Hugo Lloris.

Tiga minit kemudian, Heung-Min Son menyamakan kedudukan 1-1 buat Spurs selepas merembat masuk melepasi jangkauan Ederson di gawang City.

Giliran Spurs yang beraksi tanpa kelibat Harry Kane di hadapan 1-2 pada minit ke-10 sekali lagi menerusi Son dan pemain Korea Selatan itu melakukan rembatan dari luar kotak penalti sebelum Bernardo Silva menjadikan kedudukan 2-2 buat City seminit kemudian.

Pesta jaringan berterusan 10 minit kemudian apabila Sterling kembali meletakkan skuad kendalian Pep Guardiola di hadapan 3-2 apabila mudah menolak masuk hantaran Kevin De Bruyne.

Bersambung babak kedua, Sergio Aguero menjadikan kedudukan 4-2 pada minit ke-59 apabila melepaskan rembatan kencang menewaskan Lloris.

Ketika perlawanan masih berbaki kurang 15 minit, Llorente muncul wira Spurs apabila menampan sepakan penjuru Kieran Trippier untuk pasukan pelawat merapatkan jurang 4-3.

Pemain The Citizen cuba membantah jaringan itu dan mendakwa Llorente menggunakan tangan tetapi video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan jaringan itu kerana bola terkena peha penyerang Spurs sebelum menerjah jaring.

Kejayaan ini menyaksikan Spurs mengulangi kecemerlangan ketika era 80an untuk mara ke separuh akhir UCL dan dijadualkan bertemu Ajax Amsterdam.

KREDIT FOTO: UEFA CHAMPIONS LEAGUE

Categories
SUKANKINI

Man City rampas kedudukan pendahulu liga

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 7 FEB: Manchester City memberikan tekanan kepada Liverpool dengan kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas menang bergaya 0-2, menewaskan Everton di gelanggang lawan awal pagi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola yang menguasai permainan mempunyai banyak rentetan peluang tetapi hanya mendahului perlawanan pada penghujung babak pertama menerusi jaringan Aymeric Laporte yang berjaya menanduk masuk sepakan percuma David Silva.

Sergio Aguero hampir menggandakan jaringan buat The Citizen pada pertengahan babak kedua tetapi sepakannya sedikit keluar walaupun penjaga gol Everton, Jordan Pickford sudah tertewas.

Ketika tuan rumah cuba mengasak di penghujung permainan, Gabriel Jesus menjadi pemusnah dengan gol kedua selepas memperdaya Pickford sebelum tenang menanduk masuk bola bagi jaringan kedua perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan mereka mempunyai kelebihan jaringan walaupun berkongsi 62 mata bersama Liverpool yang akan beraksi menentang AFC Bournemouth, pada Sabtu.

Kredit Foto: Facebook Manchester City

Categories
SUKANKINI

PL: Man City terus kejar Liverpool

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 15 JAN: Manchester City terus memberikan tekanan dalam usaha mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi di Stadium Eitihad awal pagi tadi.

Gabriel Jesus memberikan permulaan sempurna buat tuan rumah dengan gol awal pada mint ke-10 apabila mudah menampan hantaran Leroy Sane.

Beliau menggandakan jaringan pada minit ke-39 dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas pertahanan lawan menjatuhkan Rahem Sterling.

Babak kedua terus menyaksikan penguasaan The Citizen apabila menambah jaringan ketiga di minit ke-78 hasil tampanan Conor Coady ke gawang sendiri ketika cuba menafikan percubaan Kevin De Bryune.

Kemenangan ini mengekalkan kedudukan skuad bimbingan Pep Guardiola di tangga kedua dengan perbezaan empat mata di belakang Liverpool selain menjarakkan kedudukan lima mata dari Tottenham Hotspur.

KREDIT FOTO: PREMIER LEAGUE

Categories
SUKANKINI

UCL: Liverpool-Man City siapa lebih hebat?

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 4 APR: Pertemua dua kelab dari England, Liverpool dan Manchester City dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok pastinya menjadi tumpuan ramai.

Jugen Klopp dan Pep Guardiola pastinya mencongak strategi membawa kelebihan ke perlawanan timbal balik memandangkan kedua pasukan berjaya melakar kemenangan dalam pertembungan liga musim ini.

Manchester City terlebih dahulu membelasah Liverpool 5-0 di Eithad pada pusingan pertama sebelum The Reds mencalarkan rekod tanpa kalah The Citizen di Anfiled dengan kemenangan 4-3.

Berdasarkan rekod pertemuan dua jurulatih itu, kelebihan memihak kepada Guardiola yang menang enam daripada 12 pertemuan berbanding lima kemenangan buat Klopp.

Dari segi pasukan, Liverpool pastinya bermegah dengan lima kejuaraan eropah selain mempunyai rekod gemilang khususnya kebangkitan luar jangka dalam perlawanan UCL berbanding City yang mahu melangkah ke perlawanan akhir selepas berbelanja besar beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedua pasukan turun dengan jentera serangan mantap dengan Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah mewakili Liverpool sementara Kevin De Bruyne, Leroy Sane dan Gabriel Jesus di pihak City bersedia merobek pertahanan lawan.

Malang buat kedua pasukan apabila kehilangan tonggak utama dengan Liverpool bakal melupakan khidmat pertahanan, Joel Matip sehingga penghujung musim ini sementara Sergio Arguero tidak berada dalam senarai kunjungan ke Anfield.

Ramalan: Liverpool 3-1 Manchester City

Categories
SUKANKINI

Rekod tanpa kalah Man City lebur dalam perlawanan mendebarkan

OLEH NAZLI IBRAHIM

ANFILED, 15 JAN: Rekod 22 perlawanan tanpa tewas milik Manchester City akhirnya berjaya dileburkan Liverpool dengan kemenangan tipis 4-3 pada satu perlawanan penuh mendebarkan di Stadium Anfield awal pagi tadi.

Liverpool bermula garang apabila mendahului lawan seawal minit ke-9 menerusi Oxlade Chamberlain sebelum berjaya disamakan Manchester City sebelum memasuki bilik persalinan.

Pada separuh masa kedua, Liverpool berjaya menjaringkan 3 gol sumbangan Firmino, Mane dan Salah menjadikan kedudukan 4-1.

Bagaimanapun, pasukan kendalian Pep Guardiola itu kembali merapatkan jurang menerusi jaringan Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan menjadikan kedudukan 4-3.

Permainan minit akhir terus berlangsung dalam suasana penuh mendebarkan selepas Manchester City mendapat rentak lebih bertenaga dan kemas dengan kemasukan Bernardo Silva.

Akhirnya skuad Jurgen Klopp berjaya memastikan perlawanan dramatik itu milik mereka dan sekaligus meletakkan Liverpool di tangga ketiga.

Manchester City kekal menghuni tangga teratas kini memiliki 62 mata meninggalkan pencabarnya di tangga kedua Manchester United, ketiga Liverpool dan Chelsea di tangga keempat dengan ketiga-tiganya berkongsi 47 mata.

Categories
SUKANKINI

Manchester City lakar sejarah 123 tahun gol tertinggi EPL

MANCHESTER 15 OKT: Manchester City mencatat sejarah meledak gol tertinggi Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 123 tahun selepas membelasah Stoke City 7-2 di Stadium Etihad.

Dua jaringan Gabriel Jesus dan satu masing-masing menerusi Raheem Sterling, David Silva, Fernandinho, Leroy Sane serta Bernardo Silva memastikan anak-anak buah Pep Guardiola mengukuhkan kedudukan pendahulu liga dengan dua mata mengatasi Manchester United, yang terdahulu seri 0-0 di Liverpool.

Kemenangan besar terbaharu ini bermakna City sudah meledak 29 gol hanya daripada lapan perlawanan pertama musim ini, sekali gus memahat rekod baharu Liga Perdana dan jaringan terbaik sejak abad ke-19.

Rekod jaringan tertinggi pernah dilakar dalam saingan Liga Perdana sebelum ini adalah pada musim 1894-95 apabila Everton menjaringkan 30 gol dalam lapan perlawanan pertama, lapor AGENSI.

=EZY=