Categories
SELANGOR

MB buka tirai lawat Hulu Langat dengan santuni rakyat

 

OLEH HAFIZAN TAIB

SEMENYIH, 27 OKT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memulakan program turun padang ke Hulu Langat di sini, dengan bersarapan pagi di Warung Nasi Lemak Azam.

Sambil menjamu selera, beliau menyantuni dan mendampingi rakyat sambil menyelami masalah dihadapi mereka.

Mohamed Azmin meluangkan masa hampir setengah jam di premis berkenaan sebelum berangkat ke Dewan Orang Ramai bagi memulakan program di daerah berkenaan.

Program lawatan kerja itu adalah salah satu program Dato’ Menteri Besar di seluruh daerah di Selangor bagi mendampingi rakyat dan menyampaikan makluman berkaitan agenda Inisiatif Peduli Rakyat dijalankan Kerajaan Negeri.