Categories
SELANGOR

Pelajar tajaan Zakat Selangor meninggal dunia, selamat tiba di Malaysia

SHAH ALAM 1 OKT: Zakat Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Selangor tajaan zakat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Makassar Indonesia.

Pelajar itu adalah Syahirah Amirudin merupakan pelajar tahun empat bidang Perubatan.

Arwah mengalami kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di Desa Carima, Kecamatan Kahu, kabupaten Bone, Sulawesi-Selatan, yang terletak 135km dari Bandar Makassar.

Kemalangan berlaku sekitar jam 4.00 petang Waktu Indonesia Tengah (WITA).

Zakat Pelajar1Kemalangan berlaku sewaktu arwah dalam perjalanan dengan dua adik beradik beliau dalam perjalanan ke Pantai Tanjung Bira yang terletak 192 km dari bandar Makasar

Kakak arwah mengalami patah tangan dan kaki, sudah stabil, dan akan menjalani pembedahan, manakala abang arwah mengalami kecederaan luar dan stabil.

Jenazah tiba di Malaysia sekitar jam 5 petang dan disolatkan di Surau Al-Jannah,Jalan Komoditi 23/9, Seksyen 23, 40300 Shah Alam.

=EZY=