Categories
NASIONAL

Penganjur sedia beri kerjasama kepada polis

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 OKT: Penganjur Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi sedia bekerjasama untuk memberikan keterangan kepada polis mengenai penganjuran himpunan jika dipanggil.

Pengarah Jawatankuasa Teknikal, Faiz Fadzil berkata, setakat ini pihaknya belum dipanggil memberikan keterangan bagi membantu siasatan beberapa laporan sebelum ini.

“Buat masa ini saya belum dipanggil tetapi kelmarin urus setia himpinan, Lim Yi Wei sudah dipanggil memberikan keterangan berhubung pembabitannya dalam himpunan itu,” katanya menerusi laporan Sinar Harian.

Menurutnya, setakat ini beliau tidak menerima laporan mengenai kesesakan kerana pada hari himpunan kerana terdapat petugas unit keselamatan dikerahkan menjaga laluan.

Dalam laporan berasingan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sudah menerima beberapa laporan polis mengenai himpunan itu.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang bersesuaian.

=EZY=