Categories
GLOBAL

Suhu Sydney, Melbourne dijangka cecah 50 darjah celcius

SYDNEY 4 OKT: Sydney dan Melbourne dijangka dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 25 tahun lagi, walaupun Australia mampu memenuhi sasaran pemanasan global Paris.

Maklumat itu didedahkan dalam laporan terbaharu kajian yang diketuai Universiti Kebangsaan Australia (ANU) dan Pusat Kecemerlangan Sistem Sains Iklim, iaitu sebuah konsortium antarabangsa, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Konsortium itu turut menyarankan supaya bahagian lain di Australia turut bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlaku peningkatan suhu.

Pada masa sama, ia turut menilai potensi besar suhu melampau di bawah Perjanjian Paris membabitkan 196 negara, yang menyasarkan pengurangan kenaikan suhu global kepada antara 1.5 darjah Celcius hingga dua darjah Celcius di atas tahap pra perindustrian.

“Bandar utama di Australia seperti Sydney dan Melbourne, mungkin mengalami suhu melampau sehingga 50 darjah Celsius,” kata saintis iklim ANU, Sophie Lewis sambil menambah ia boleh berlaku menjelang 2040-an.

Suhu Sydney

=EZY=