Categories
GLOBAL

Tembakan rambang di Las Vegas, sekurang-kurangnya 20 maut & 100 cedera

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 2 OKT: Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan terbunuh dan 100 cedera dalam insiden tembakan rambang di Mandalay Bay Casino Las Vegas Strip.

Agensi Berita THE WASHINGTON POST melaporkan seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di festival muzik di Hotel Mandalay Bay sebelum dia ditembak pihak berkuasa.

Dalam video yang dimuatnaik ke media sosial jelas kelihatan beratus-ratus orang melarikan diri dari tempat kejadian yang disertai dengan bunyi tembakan automatik berpanjangan.

Polis berkata seorang suspek “telah ditewaskan”. Terdapat laporan sekurang-kurangnya satu kejadian lain di kawasan Las Vegas.

22089947_2120389771336765_7954973146440087982_nSementara itu penerbangan mendarat dan berlepas ditangguhkan di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran ekoran insiden tembakan itu.

Tembakan itu berlaku pada jam 22:30 (05:30 GMT). Saksi melaporkan bahawa beratus-ratus tembakan telah dilepaskan penyerang.

Sejumlah besar ambulan dan kereta polis terus menuju ke tempat kejadian ekoran insiden tembakan itu.

=EZY=