Categories
SELANGOR

Tuah milik Jamaluddin naikkan ikan 17.5 kg

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 OKT: Seramai 450 peserta mencuba nasib bagi merebut hadiah utama RM20,000 menerusi Pertandingan Memancing Sempena Sambutan ulang Tahun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke 17, hari ini.

Tuah bagaimanapun menjadi milik Jamaluddin Mohd Sham yang berjaya menaikkan ikan seberat 17.54 kilogram (KG) di Taman Tasik Shah Alam.

Menawarkan RM5,000, tempat kedua pula milik Palanisamy dengan ikan seberat 13.61KG, diikuti tempat ketiga Zulkifli Harun dengan ikan seberat 10.03KG.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang diiringi Datuk Bandar, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Beliau turut menyampaikan hadiah saguhati kepada pemenang tempat ke-empat hingga ke-15, dengan masing-masing menerima RM100.

Terdahulu, Mohamed Azmin turut meluangkan masa melawat sekitar Pasar Bunga Shah Alam 2017 di Laman Budaya berdekatan.

Pasar berkenaan melibatkan penyertaan 30 penggerai yang menjual pelbagai jenis tanaman.

Antaranya, pokok anggerik, sayuran seperti bayam, cili, roselle, limau; buah-buahan; pokok bunga seperti bingka, petunia, ros dan bougainvillea; hasil kebun dan pokok landskap.

=EZY=