Categories
NASIONAL

45,000 pengguna terjejas Loji Air Sembrong Barat dicemar ammonia

JOHOR BAHRU 19 NOV: Sumber air mentah di Empangan Sembrong, Kluang dikesan dicemari ammonia menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sembrong Barat dihentikan operasi mulai petang semalam.

SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJ) dalam kenyataan dikeluarkan jam 9 malam tadi memaklumkan penutupan LRA Sembrong menjejaskan 45,000 pemegang akaun di daerah Kluang.

Bulan lalu, tiga LRA di Kulai dan Kota Tinggi juga dihentikan operasi sementara akibat pencemaran ammonia yang menjejaskan kira-kira dua juta pengguna.