Categories
SUKANKINI

Itali gagal ke Piala Dunia pertama kali dalam tempoh 60 tahun

MILAN 14 NOV: Itali gagal layak ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, selepas diikat Sweden 0-0 pada aksi timbal balik kedua pertemuan playoff.

Kemenangan pada aksi pertama memberikan Sweden tiket ke Russia tahun depan selepas layak secara agregat 1-0, hasil kejayaan di laman sendiri, minggu lalu, lapor REUTERS.

Pada aksi penuh mendebarkan yang mencetus banyak ketegangan dan drama di San Siro itu, Sweden boleh dianggap terselamat daripada deretan serangan tuan rumah yang bertali arus.

Itali yang tidak pernah gagal beraksi di kejohanan elit itu sejak 1958 di Sweden menguasai sebahagian besar permainan sehingga memaksa Sweden berkampung di kawasan sendiri hampir keseluruhan aksi.

=EZY=