Categories
NASIONAL

KEADILAN ucap tahniah kepada DAP

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 NOV: KEADILAN mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan seluruh saf kepimpinan partinyang telah berjaya menjalankan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC DAP) Ahad lalu.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataannya berkata diharapkan pembentukan kepimpinan baru itu akan mengukuhkan persediaan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Saya percaya dengan lengkapnya pemilihan CEC DAP ini, maka kesemua isu yang telah dibangkit ROS telah berjaya diselesaikan dengan baik.

“Semoga saf pimpinan DAP yang diiktiraf ini akan mengukuhkan persiapan DAP serta Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU-14 nanti,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meminta DAP membuat pemilihan semuala CEC kerana mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

=EZY=