Categories
SELANGOR

MAIS-MUIS erat hubungan dua hala

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 NOV: Pengurusan harta baitulmal yang dikendalikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendapat perhatian Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Seramai 13 pegawai MUIS hadir ke Bangunan Sultan Idris Shah, baru-baru ini bagi mempelajari pengurusan harta pusaka dan hibah di samping melihat sistem yang digunapakai MAIS terutama permohonan wasiat secara atas talian.

Lawatan itu diketuai Pengarah Kanan Kewangan dan Pembangunan Aset MUIS, Mohamed Azam Abdul Aziz dan dipengerusikan Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar Hussin.

Turut hadir, Pengarah Baitumal, Norzaihan Mohd Zain dan Pengurus Harta Baitulmal, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid.

Sepanjang program pelbagai perkongsian dibincangkan sekali gus diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala antara MAIS dan MUIS.