Categories
SELANGOR

MB: Selangor patut dapat lebih peruntukan Persekutuan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Persekutuan sepatutnya memberikan lebih ganjaran buat Selangor, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, ia berdasarkan fakta Kerajaan Negeri menyumbang hampir satu per empat daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, apa yang Selangor daripada Kerajaan Persekutuan pada ketika ini amatlah sedikit berbanding sumbangan besarnya.

“Sepatutnya bagi lebih sebab kita sumbang 23 peratus, mereka tidak dapat hadir mungkin sibuk berkhidmat di kawasan masing-masing.

“Kalau betul ikhlas nak bagi, hantar sahaja cek atau lakukan pemindahan secara dalam talian,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditanya mengenai ketidakhadiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Klang bagi menerima Geran Tahunan RM5 juta daripada Kementerian Kewangan, semalam.

Sebelum ini media melaporkan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Tan Sri Noh Omar, berkata beliau menganggap Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak hadir itu tidak berminat dan tidak sudi menerima sumbangan Kerajaan Persekutuan.

=EZY=