Categories
SASTERA

RINDU DI HUJUNG LANGIT

Sebentar kita terjaring

dalam sepi dan ragu;

terbatas lagi sesekejap

oleh sunyi dan bisu.

 

Kata-kata apakah

yang diucap senja

ketika hujan merintik

di kening malam menjelma?

 

Ada awan mendung di dada langit,

ada rindu berkerudung di dada sempit.

 

HAKIM HOOD