Categories
SELANGOR

RM5 juta untuk Kampung Baru, Bagan & Tersusun

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukan RM5 juta untuk pembangunan Kampung Baru, Kampung Bagan dan Kampung Tersusun bagi 2018.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga September lalu, sebanyak 72 projek dan program dengan perbelanjaan RM4.4 juta sudah dilaksanakan.

“Kerajaan Negeri memandang serius jurang yang semakin melebar antara pembangunan, di bandar dengan kampung di bandar dan dihimpit pembangunan di sekitarnya,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan Pelan Tindakan Khas (PTK) untuk menstruktur semula 26 kampung dalam bandar.