Categories
NASIONAL

Azmin: Penahanan anak saudara demi dapatkan ‘headline’ semata-mata

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 9 DIS: Umno-Barisan Nasional (BN) sekali lagi menggunakan helah jijik bagi menjejaskan reputasi cemerlang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Dato’ Menteri Besar di mata rakyat Selangor.

Mohamed Azmin berkata, helah terbaru yang digunakan adalah penahanan anak saudaranya bagi tujuan dijadikan berita utama di media kawalan Umno-BN.

“Anak saudara saya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah untuk apa-apa tetapi hanya untuk mendapatkan ‘headline’ semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Peduli Rakyat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu Subang di sini, hari ini.

Sebelum itu ketika memberikan ucapan dalam program sama di Kota Damansara, Mohamed Azmin menjelaskan, helah itu terbukti apabila SPRM tidak mempunyai apa-apa bukti walaupun selepas menahan reman anak saudara beliau selama 10 hari.

Malah katanya, anak saudara beliau juga dipaksa membuat pengakuan kononnya anak saudaranya itu dipaksa menyerahkan wang syarikat kepada beliau.

=EZY=