Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kota Damansara bakal dapat dua masjid baru pada 2018

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 9 DIS: Dua buah masjid baru akan dibina di Kota Damansara tahun hadapan apabila kawasan itu mencatatkan pembangunan pesat.

Dato’ Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkembangan itu turut menyaksikan pertumbuhan populasi umat Islam semakin meningkat kebelakangan ini.

“Saya mahu supaya masjid ini dijadikan tempat masyarakat Islam memperkukuhkan ukhwah dengan menjalankan pelbagai aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan,” katanya pada program Jelajah Peduli Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara di sini, hari ini.

Ketika menyentuh peruntukan keseluruhan untuk pembangunan umat Islam di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima peruntukan RM300 juta dalam Belanjawan Negeri Selangor 2018.

Katanya, peruntukan itu merupakan tertinggi yang pernah dicatatkan.

“Dalam belanjawan 2018 kita beri peruntukan RM300 juta kepada JAIS, sedangkan ada negeri RM300 juta itu adalah jumlah belanjawan keseluruhannya,” katanya.

=EZY=