Categories
EKONOMI

Datuk Mohd Shukrie letak jawatan CEO POS Malaysia

KUALA LUMPUR 12 DIS: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) POS Malaysia Bhd, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 31 Disember 2017.

POS Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan berkata Shukrie telah memberi perkhidmatan terbaik, sepanjang tempoh bertugas dalam POS Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif penting.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam pengambilalihan aset berkaitan logistik termasuk menerajui kerjasama strategik dengan Lazada Malaysia.

Kerjasama itu salah satu elemen terpenting dalam Zon Perdagangan Bebas Digital yang baru dilancarkan oleh kerajaan serta bekerjasama dengan Tigers Ltd dari Hong Kong, antara lain.

“Ini menyebabkan saham-saham Pos Malaysia mencecah harga tertinggi dan seterusnya, menjadi permodalan pasaran yang tertinggi,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Pengarah Pos Malaysia juga mengumumkan bahawa Datuk Azlan Shahrim juga sebagai CEO sementara dan akan memberi laporan kepada Lembaga Pengarah sehingga pelantikan calon sesuai.

=EZY=