Categories
SASTERA

DIAM!

Diam tak bermakna kalah

tak juga jatuh menyerah

tak bererti salah.

 

Diam terkadang mampu membunuh

umpama peluru menembus

secara senyap

bunyi terserap.

 

Diam tak bermakna tenang

terkadang

umpama askar yang mahu perang.

 

Diam tak bermakna sepi

hati berbunyi

tular hantaran diri

di dinding aplikasi.

 

Diam tak bermakna bisu

hanya tidak mahu

membesarkan isu.

 

Diam adalah bestari

suara mati

jari-jemari terhenti

fikir sebelum maki!

 

Syukri Naim

Kampar, Perak