Categories
SELANGOR

LZS cawangan Puchong serah lebih RM16,000 bantu surau

 

SHAH ALAM, 14 DIS: Kutipan zakat dimanfaat sepenuhnya Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Puchong bagi membantu asnaf Fisabilillah.

Terbaru, LZS cawangan itu menyerahkan bantuan zakat RM8,898 kepada Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 bagi pembelian keperluan dan peralatan surau sekolah.

Selain itu, RM8,000 juga diserahkan kepada Suraau Al-Iman, Taman Puchong Utama bagi pembelian keperluan dan peralatan surau berusia 15 tahun itu.

Kesemua sumbangan tersebut merupakan salah satu bantuan di bawah asnaf Fisabilillah bagi manfaat surau kariah.

Dalam laman facebooknya, LZS turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengeluar zakat.