Categories
PBT SELANGOR

MDKS rai media melalui kejohanan bowling

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 10 DIS: Hampir 100 hadir menyertai dan memeriahkan kejohanan bowling sempena Hari Bersama Media 2017 anjuran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunannya, Mohamad Yusli Askandar berkata, ia dianjur bagi menghargai peranan media dan jabatan dalam menyalurkan maklumat untuk rakyat terutama penduduk Kuala Selangor.

Katanya, ia juga bertujuan merapatkan lagi hubungan di antara MDKS dan pelbagai agensi media.

“Walaupun ramai tidak dapat sertai akibat komitmen lain, namun kami tetap berpuas hati dan gembira dengan sambutan hari ini, dengan semuanya berjalan lancar dan menyeronokkan.

“Jika ada kesempatan, kita akan anjurkan lagi pada masa hadapan dengan penambaikan dan aktiviti lebih menarik,” katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis mesra media Pihak Berkuasa Tempatan itu di sebuah pusat membeli belah, di sini, semalam.

Selain kakitangan pelbagai jabatan MDKS, kejohanan bowling itu turut disertai Media Selangor, Berita Harian dan Utusan.

=EZY=