Categories
PBT SELANGOR

Penutupan beberapa jalan di Shah Alam 30-31 Disember

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 27 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan pada 30 dan 31 Disember (Sabtu dan Ahad), bagi melancarkan penganjuran program Larian Sempena Ambang Tahun Baru 2018 dan Larian MBSA Ultron International Half Marathon 2017.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan akan ditutup sementara semasa acara berlangsung pada Sabtu, bermula jam 6 hingga 8.30 pagi dan dari 10 malam hingga 5 pagi keesokannya (Ahad).

“Jalan yang terlibat adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai yang ditutup pada Sabtu.

“Sementara itu, pada Ahad, jalan yang ditutup adalah Persiaran Sukan, Persiaran Hishamuddin, Bulatan Kayangan, Persiaran Dato’ Menteri, Persiaran Damai, Persiaran Bandaraya, Persiaran Kayangan, dan Persiaran Selangor.

“Sehubungan itu, pihak Majlis menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan pada tempoh tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan diberikan pihak MBSA dari masa ke semasa,” katanya.

Pada masa sama, pengguna jalan raya diminta memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi pilihan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.

=EZY=