Categories
PBT SELANGOR

Shah Alam On Wheels di Pasaraya Giants, Seksyen 18

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 9 DIS: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) akan beroperasi di Pasaraya Giants, Seksyen 18, pada hari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu pengoperasian pejabat bergerak bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan sebagainya,” katanya.

Melalui perkhidmatan itu, MBSA turut berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan Majlis untuk manfaat masyarakat.

=EZY=