Categories
SELANGOR

Shah Alam On Wheels di Tesco Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 12 DIS: Pejabat bergerak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ‘Shah Alam On Wheels’ akan beroperasi di Tesco Shah Alam jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang, pada 16 Disember ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, ia merupakan inisiatif MBSA memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Shah Alam On Wheels ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, dan kaunter aduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap ia dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat.