Categories
SELANGOR

LZS: 722 asnaf terima bantuan pendidikan

AMPANG, 12 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) Hulu Langat berjaya mengagihkan Bantuan Pendidikan Asnaf Fakir Miskin Sesi Persekolahan 2018, baru-baru ini.

LZS menerusi laman facebooknya memaklumkan agihan siri ketiga berjumlah RM609,150 itu membabitkan 722 keluarga.

“Semoga agihan bantuan pendidikan ini dapat memberikan kemudahan kepada asnaf fakir miskin dalam membuat persediaan persekolahan anak mereka bagi sesi persekolahan 2018.

“Terima kasih pembayar Zakat,” tulisnya.

Program yang berlangsung di Masjid Al-Azim itu dirasmikan Penghulu Mukim Ampang, Rafizi Jamro.

Turut disertai Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) bagi sesi penerangan mengenai kursus dan latihan yang dianjurkan serta penerangan utama berkaitan agihan pakaian sekolah.