Categories
NASIONAL

Banjir Sabah: 16 sekolah ditutup

OLEH SABIRAH AZIZ

KOTA KINABALU, 4 JAN: Sebanyak 16 buah sekolah di dua daerah di Sabah melibatkan 3,073 murid dan 372 guru ditutup hari ini kerana terjejas banjir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul dalam kenyataan berkata, 14 buah sekolah adalah di Beaufort dan dua sekolah lagi di Papar.

“14 buah sekolah ditutup di daerah Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Membakut, SK Kg Bambangan, SK Lago, SK Jabang, SK Lembah Poring, SK Tamalang, SK Sinoko, SK ST Patrick, SK Bandau, SK Kg Brunei, SK Bangkalalak, Sekolah Menengah Patrick, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut dan SMK Membakut 2.

“Dua lagi sekolah di Papar ialah SK Sumbiling dan SK Ulu Lumangar,” katanya lapor Bernama.