Categories
EKONOMI Ringgit

Ringgit kembali raih momentum

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini dengan penyusutan harga minyak global memberi kesan kepada selera pelabur terhadap nota tempatan.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0210/0240 berbanding dolar AS dari 4.0130/0180 penutup semalam.

Brent didagangkan pada AS$67.83 satu tong, turun 0.01 peratus.

Peniaga berkata, dolar AS mula meraih momentum dengan Rizab Persekutuan AS menerbitkan minit mesyuarat Disember.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0208/0251 dari 3.0191/0240 tetapi mengukuh berbanding yen kepada 3.5676/5712 dari 3.5735/5782.

Ringgit menokok berbanding euro kepada 4.8288/8336 dari 4.8304/8373 dan mengukuh berbanding pound British pada 5.4344/4388 dari 5.4513/4593.

*Sumber: BERNAMA