Categories
SELANGOR

Shah Alam on Wheels di Aeon Bukit Rimau, Sabtu ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 4 JAN: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) akan beroperasi di Aeon Bukit Rimau, Seksyen 32 pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan itu adalah landasan disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak yang mula beroperasi bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang itu menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya.

Melalui perkhidmatan itu, MBSA turut berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan Majlis untuk manfaat masyarakat.