Categories
NASIONAL

SPR: Kos kendali PRU-14 dianggar cecah RM400 juta

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 14 MAC: Kos pengurusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dianggarkan mencecah RM400 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah.

Beliau berkata, ia termasuk bagi menampung kos sewaan, perolehan peralatan, pembayaran elaun dan honorarium.

“Semua pusat penamaan calon, pusat mengundi dan pusat mengira undi telah dikenal pasti serta sedia untuk digunakan apabila diperlukan,” katanya lapor BERNAMA.

Sejumlah 250,000 petugas sementara, katanya, dijangka diperlukan bagi membantu mengendalikan PRU-14 itu.

“Semua persiapan logistik juga telah dipastikan dalam keadaan baik dan tersedia termasuk pusat mengundi, pengangkutan, helikopter dan sebagainya,” katanya.

Dalam memastikan proses RRU-14 berlangsung secara telus dan adil, Hashim berkata, SPR menjangkakan 100,000 wakil atau ejen calon bertanding akan menjadi pemerhati tetap terhadap segala proses pilihan raya.

=EZY=