Categories
GLOBAL

Turki bertegas masih mahu sertai Kesatuan Eropah

VARNA, BULGARIA 27 MAC: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertegas mahu negaranya menyertai Kesatuan Eropah (EU) menjelang sidang kemuncak pertubuhan itu yang dijangka `panas’ dengan pemimpin-pemimpin EU cuba untuk memperbaiki hubungan yang retak.

Presiden EU, Donald Tusk dan Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker akan mengadakan perbincangan dengan Erdogan di sebuah pusat peranginan di sini berhubung masalah yang timbul.

Topik utama agenda tersebut termasuklah serbuan kerajaan Turki selepas kegagalan rampasan kuasa tentera pada Julai 2016, tuntutan Ankara terhadap penghapusan visa dan keanggotaan EU. –

SUMBER: AFP