Categories
SELANGOR

Azmin ‘ngeteh’ bersama rakyat selepas ceramah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akhiri Jelajah KEADILAN Harapan Malaysia dengan menikmati hidangan di gerai Johari’s Palacio bersama para pimpinan parti itu.

Sejurus selesai ceramah terakhirnya di Seksyen 13 Sha Alam, beliau tidak menolak jemputan rakyat setempat untuk menjamu selera sekitar jam 12.00 tengah malam, semalam.

Beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra bersama pengunjung yang rata-ratanya merupakan penduduk sekitar Shah Alam.

Ribuan pengunjung yang hadir malam tadi membuktikan rakyat mahu kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) terus kekal di Selangor seterusnya menerajui Putrajaya.

Turut serta calon Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Kota Anggerik, Najwan Halimi.